Kita dapat tawaran lebih baik dalam penyelesaian Goldman Sachs


Menteri kewangan berkata Goldman Sachs akan membayar AS$2.5 bilion (RM10.8 bilion) dengan baki AS$1.4 bilion jaminan aset yang belum diperoleh semula. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2020.

PUTRAJAYA mendapat persetujuan lebih baik menerusi penyelesaian dengan Goldman Sachs berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini, lapor The Edge memetik Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai berkata.

Menteri kewangan itu berkata Goldman Sachs akan membayar AS$2.5 bilion (RM10.8 bilion) dengan baki AS$1.4 bilion jaminan aset yang belum diperoleh semula.

Bank pelaburan itu bersetuju Malaysia akan menerima jumlah bersih minimum AS$1.4 bilion daripada senarai aset dipersetujui dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bayaran itu bagi menyelesaikan caj dan tuntutan tertunggak berkaitan tiga transaksi bon yang diatur oleh bank itu untuk 1Malaysia Development Bhd.

Tawaran sebelum ini ialah AS$1.75 bilion.

“Malaysia kini akan menerima lebih banyak wang tunai dan jaminan aset lebih tinggi. Dengan penyelesaian ini, rakyat Malaysia akan mendapat balik sebahagian besar lebih banyak berbanding ditawarkan sebelum ini,” kata Tengku Zafrul kepada akhbar mingguan itu.

Walaupun Putrajaya ada kes yang kuat, tetapi ada isu lain yang perlu dipertimbangkan, seperti proses undang-undang yang kompleks, katanya. – 2 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen