AS catat 61,262 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam


Amerika Syarikat kini merekodkan lebih 4.6 juta kes dan 154,319 kematian menjadikan ia negara paling teruk terjejas akibat virus itu di dunia. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2020.

AMERIKA Syarikat mencatatkan 61,262 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, menurut pengiraan Universiti Johns Hopkins.

Ini adalah hari kelima berturut-turut dengan lebih 60,000 jangkitan dicatatkan, menurut universiti yang berpusat di Baltimore.

Sebanyak 1,051 kematian juga direkodkan dalam tempoh 24 jam.

AS kini merekodkan lebih 4.6 juta kes dan 154,319 kematian menjadikan ia negara paling teruk terjejas akibat virus itu di dunia.

Angka baharu dicatatkan ketika Florida sedang bersiap sedia menghadapi badai Tropical Isaias.

Di antara negeri-negeri AS, hanya California dengan populasi penduduk hampir dua kali Florida iaitu sekitar 21 juta orang mencatatkan lebih banyak kes coronavirus.

Pada Sabtu Florida melaporkan 179 kematian, mencatatkan rekod baharu negara dan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,843. – 2 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen