Gempa bermagnitud 5.8 gegar Jepun


GEMPA bermagnitud 5.8 pada skala Richter  melanda Jepun pada Khamis, lapor agensi meteorologi negara itu.

Gempa berpusat di Pulau Tori-shima, di tenggara Jepun dan dikesan 60 kilometer di bawah permukaan, lapor agensi berita Anadolu.

Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama, 30 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen