Afrika Selatan siasat berpuluh kes seleweng dana Covid-19


Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa berikrar semua kes rasuah akan disiasat dengan menyeluruh dan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan. – Gambar AFP, 24 Julai, 2020.

AFRIKA Selatan sedang menyiasat berpuluh kes rasuah membabitkan penyelewengan dana khusus untuk memerangi pandemik Covid-19 di negara itu, kata Presiden Cyril Ramaphosa.

Kerajaan katanya menubuhkan pasukan penyiasat khas untuk menyiasat dakwaan rasuah dalam pengedaran bantuan makanan, peralatan perlindungan diri dan bekalan ubatan.

“Sekurang-kurangnya 36 kes sedang disiasat,” kata Ramaphosa dalam perutusan khasnya semalam.

April lalu kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 500-bilion-rand (A$26.7 bilion) dalam bentukuntuk menangani impak Covid-19.

Bagaimanapun dana yang diperuntukkan diseleweng, disalah guna dan bantuan makanan tidak sampai kepada golongan yang memerlukan.

Ramaphosa berikrar semua kes rasuah akan disiasat dengan menyeluruh dan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Penyelewengan dana kerajaan berleluasa sepanjangtempoh sembilan tahun Afrika Selatan di bawah pentadbiran bekas presiden Jacob Zuma.

Zuma, yang didakwa terbabit skandal rasuah, meletak jawatan pada Februari 2018. Penggantinya, Ramaphosa, berikrar akan memerangi rasuah di negara itu. – AFP, 24 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen