Kerajaan perlu bezakan antara pelarian dengan pendatang


Aminah Farid

Kumpulan sivil berkata kerajaan boleh menggunakan pakai undang-undang sedia ada seperti IMM13 jika benar-benar serius mengenai isu pelarian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Julai, 2020.

PUTRAJAYA memberi perincian yang jelas perbezaan antara pelarian yang melarikan diri daripada penindasan dan migran tanpa dokumen yang mencari pekerjaan di Malaysia, kata kumpulan hak pelarian Beyond Borders.

Organisasi bukan berasakan keuntungan itu berkata demikian susulan berita pelarian berkeluarga adalah antara yang diusir dari kediaman mereka susulan keputusan baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menghukum tuan rumah memberi sewa premis mereka kepada pendatang tanpa dokumen.

Pengasas Beyond Borders Mahi Ramakrishnan memberitahu The Malaysian Insight terdapat kekeliruan mengenai pendirian Putrajaya mengenai pelarian.

Walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) tidak termasuk dalam keputusan itu, Mahi berkata menteri dalam negeri pada membuat kenyataan yang Putrajaya tidak akan mengiktiraf pelarian dengan pengenalan diri seperti itu.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata pelarian dari mana-mana kumpulan, walaupun membawa kad UNHCR, masih diklasifikasikan sebagai pendatang tanpa izin.

Ia berdasarkan kenyataan yang Malaysia negara anggota Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, yang Berkaitan dengan Status Pelarian, dan oleh itu, tiada kerangka undang-undang kerajaan atau pentadbiran pelarian kerajaan di negara ini.

Walaupun begitu, Hamzah berkata Malaysia membenarkan mereka yang mempunyai kad UNHCR berada di negara ini atas dasar kemanusiaan.

“Kerana keputusan DBKL dan apa yang dikatakan menteri dalam negeri, pemilik rumah sekarang takut didenda kerana menyewakan rumah kepada pelarian,” kata Mahi.

Beliau menolak anggapan yang Malaysia tidak perlu mengiktiraf pelarian hanya kerana belum menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia meratifikasi CRC (Konvensyen Hak Kanak-kanak), CEDAW (Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita), dan merupakan ahli dalam SDG PBB (Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari) 2030. (Di bawah ini), kita mempunyai tanggungjawab melindungi pelarian yang muncul di perairan kita untuk mendapatkan perlindungan.”

“Mencari perlindungan adalah hak asasi manusia,” tambahnya.

Mahi menegaskan walaupun ada masalah lain yang mengakibatkan pengusiran seperti tidak mampu membayar sewa, beliau berkata ramai pelarian juga diusir kerana bimbang terpaksa membayar denda yang tinggi.

Beliau berkata kumpulan bukan berasaskan keuntungan dan masyarakat sivil segera mengambil tindakan selepas mendengar pelarian diusir dan menempatkan sebahagian daripada mereka di pusat perlindungan sementara.

“Tiada yang berkeliaran di jalan setahu saya kerana kumpulan yang menangani masalah pelarian bertindak pantas menempatkan mereka di pelbagai tempat, walaupun sementara sehingga rancangan yang lebih baik dapat dibuat,” katanya.

Minggu lalu, Annuar mempertikaikan kumpulan hak Tenaganita yang berkata ia menerima aduan daripada pelarian yang meminta perlindungan selepas diusir. 

Menteri itu mendesak Tenaganita agar memberikan data mengenai kes berkenaan seperti lokasi dan pemilik rumah yang terlibat.

Tenaganita tidak memberi sebarang respons kepada The Malaysian Insight untuk memberi komen mengenai perkara ini.

Mahi menambah yang pelarian harus diberi hak untuk bekerja bagi mengelakkan masalah lain seperti tiada tempat tinggal dan kemiskinan.

“Bagaimana lagi mereka mampu membayar sewa dan mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga mereka?

Beliau berkata kerangka undang-undang yang ada boleh diguna pakai jika Putrajaya mengambil serius mengenai perkara ini.

“Kita boleh menggunakan kerangka undang-undang yang ada seperti IMM13 di bawah Akta Imigresen untuk merealisasikannya. Ia sudah dilakukan sebelum ini,” katanya merujuk kepada dokumen Imigresen yang dikeluarkan kepada pelarian Filipina di Sabah.

Di bawah IMM13, pelarian yang mengalami konflik di negara asalnya boleh bekerja di Sabah tanpa memohon pas kerja. Mereka juga diberi akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Bagaimanapun, IMM13 diawasi oleh Jabatan Imigresen Sabah, kerana Sabah mempunyai otonomi terhadap urusan imigresennya.

“Penyelesaian terbaik untuk masalah ini adalah kerajaan membuat kenyataan yang jelas untuk membezakan antara pelarian dengan pendatang tanpa dokumen serta tiada tindakan sepatutnya diambil terhadap pemilik rumah yang menyewakan premis kepada mereka,” kata Mahi.

Hingga akhir April 2020, terdapat sekitar 177,800 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. – 22 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen