Siri Ketiga Laporan Audit Negara dibentangkan hari ini


Aminah Farid Ragananthini Vethasalam

Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid berkata pembentangan Laporan Audit Nasional 2019 ditangguhkan kerana penangguhan persidangan Dewan Rakyat dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 14 Julai, 2020.

SIRI ketiga Laporan Audit Nasional 2018 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas pada awalnya ia dijadualkan untuk dibentangkan pada Mac.

Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid dalam sidang media hari ini berkata bahawa pembentangan laporan itu ditangguhkan kerana penangguhan persidangan Dewan Rakyat dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Walaupun kelewatan pembentangan laporan Nik Azman berkata penemuan dan pengajaran yang diperoleh masih relevan untuk meningkatkan prestasi entiti yang diaudit.

Jabatan ini sudah membuat 12 audit prestasi berjumlah RM742,48 bilion mengenai program, aktiviti dan projek 10 kementerian dalam siri ketiga laporan 2018.

“Projek ini melibatkan kategori program/aktiviti dan satu lagi melibatkan pembinaan serta sistem ICT,” katanya.

Beliau juga berkata jabatan itu tidak dapat memberi penerangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Wang Negara (PAC) mengenai penemuaannya kerana pengerusi dan anggota jawatankuasa itu masih belum dilantik.

Talimat akan diadakan selepas ahli jawatankuasa dilantik. – 14 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen