Tata rancang lepaskan saham dalam AirAsia India, kata laporan


Tata Sons merancang melepaskan saham majoriti dalam AirAsia India dan fokus pada syarikat penerbangan domestik India, Vistara. – Gambar EPA, 13 Julai, 2020.

TATA Sons merancang untuk melepaskan saham majoritinya dalam AirAsia India, lapor akhbar harian kewangan India Livemint.

Portal yang memetik sumber berkata Tata yang memiliki 51% saham itu merancang untuk keluar dari AirAsia India kerana berdepan masalah urus tadbir syarikat sejak 2014.

Sumber berkata AirAsia Bhd sudahpun menawar Tata untuk menjual baki saham sebanyak 49%.

“Tata tidak begitu berminat untuk terus melabur di AirAsia India. Rakan kongsi AirAsia dari Malaysia sudah mengajak Tata Sons untuk menjual 49% sahamnya tetapi Tata belum nenerima tawaran tersebut.

“Rancangan awal adalah untuk keluar dari AirAsia India dan lebih fokus pada Vistara,” kata sumber.

Vistara adalah syarikat penerbangan domestik India yang dibentuk oleh usahasama antara kumpulan Tata dan Singapore Airlines.

Syarikat itu mempunyai bahagian pasaran domestik yang lebih besar daripada AirAsia India iaitu sebanyak 7.8% menjadikan syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang kelima di antara syarikat penerbangan India. – 13 Julai, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen