Pilihan raya lambat lagi, kata Azmin 


Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali berkata cacian yang dilempar terhadapnya tidak memberi kesan pada dirinya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Julai, 2020.

MENTERI Kanan Mohamed Azmin Ali dilihat berubah fikiran berhubung bila pilihan raya akan diadakan, selepas sebelum ini menyatakan pilihan raya boleh diadakan seawal tahun ini. 

Dalam laporan media hari ini, beliau berkata masih lambat lagi sebelum pilihan raya diadakan, ketika ditanya sama ada beliau dan rakan bekas ahli PKR bersedia untuk pilihan raya awal. 

“Lambat lagi untuk pilihan raya,” katanya yang juga ahli Parlimen Gombak.

Beliau sebelum ini menyatakan dirinya dan rakan dalam Perikatan Nasional sedia untuk menghadapi pilihan raya, yang mungki akan diadakan tahun ini atau tahun depan. 

Mengenai pembahagian kerusi parti komponen PN, Azmin hari ini berkata maslaah itu boleh diselesaikan melalui rundingan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. 

Berhubung penghinaan yang diterima sejak keluar daripada PKR, Azmin berkata ia tidak memberi kesan kepadanya. 

“Labellah apa sahaja yang kamu mahu, saya pernah dilabel bermacam perkara. Tiada kesan. Apa yang penting adalah niat kita jelas. Terpulang kepada mereka untuk label apa sahaja,” tambahnya. 

Bekas menteri hal ehwal ekonomi ketika pentadbiran Pakatan Harapan itu juga berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai kerajaan yag diterajui Muhyiddin Yassin bagi membantu rakyat dan ekonomi. 

Azmin mengatakan bahawa seperti dirinya, perdana menteri tidak boleh diganggu.

“Jangan panik. Bertenang. Insya-Allah kita akan menang.” – 10 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen