Taj Mahal masih ditutup, India teruk dilanda Covid-19


Jalan ke Taj Mahal di selatan New Delhi ditutup susulan perintah berkurung dikenakan di India bagi mencegah penularan Covid-19. – Gambar EPA, 6 Julai, 2020.

TAJ Mahal, lokasi utama tumpuan pelancong di India, akan terus ditutup, kata pihak berkuasa semalam, susulan negara itu merekodkan jumlah kes jangkitan koronavirus harian yang tinggi, dengan pusat rawatan semakin banyak dibuka di ibu kota New Delhi.

Kementerian kesihatan melaporkan 25,000 kes dan 613 kematian dalam tempoh 24 jam – lonjakan harian tertinggi sejak kes pertama dikesan lewat Januari lalu.

Lonjakan itu menjadikan India setakat ini melaporkan lebih 673,000 kes dan 19,268 kematian, membawa negara itu hampir dengan jumlah Rusia, negara ketiga paling teruk terjejas di dunia.

Kes jangkitan bertambah abkan pihak berkuasa di Agra berkata Taj Mahal – satu daripada tujuh keajaiban dunia, akan terus ditutup daripada menerima pengunjung walaupun kerajaan berkata ia diberikan kebenaran untuk dibuka semula bermula hari ini.

Makam dengan marmar berkilauan di selatan New Delhi itu ditutup sejak pertengahan Mac dalam usaha memerangi pandemik Covid-19. – AFP, 6 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen