Arab Saudi laksana semula perintah berkurung di Jeddah


Arab Saudi pernah mengenakan perintah berkurung di Jeddah pada akhir Mei lalu.– Gambar EPA, 5 Julai, 2020.

ARAB Saudi pada Jumaat mengumumkan akan melaksanakan semula bandar Jeddah, yang menjadi pintu masuk utama jemaah haji ke Mekah, bagi mencegah jangkitan baharu Covid-19.

“Selepas melihat semula situasi epidemik dan kadar kebolehgunaan unit rawatan rapi, kamu memutuskan untuk mengambil langkah untuk memperketatkan semula pergerakan di Jeddah selama dua minggu, bermula Sabtu,” kata kementerian kesihatan.

Langkah itu termasuk menguatkuasakan perintah berkurung bermula 3 petang hingga 6 pagi, menyekat solat berjemaah di masjid dan mengarahkan masyarakat untuk duduk di rumah.

Kerajaan Arab Saudi pada Mei lalu melonggarkan sekatan dan menurut kementerian kesihatan, langkah itu juga akan dilaksanakan semula di Riyadh, yang menyaksikan peningkatan kes berterusan.

Arab Saudi mengisytiharkan hampir 96,000 kes jangkitan koronavirus dengan 642 kematian.

Ia turut menggantung ibadah umrah ke Mekah dan Madinah berikutan kebimbangan wabak itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih beum mengumumkan sama ada ibadah haji tahun ini yang dijadualkan pada akhir Julai akan diteruskan atau sebaliknya.

Pihak berkenaan turut menggesa persediaan bagi ibadah itu ditangguhkan.

Tahun lalu, kira-kira 2,5 juta umat Islam menunakan ibadah haji di Mekah. – AFP, 5 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen