Kanye West umum tanding jawatan presiden AS


Rapper terkenal Kanye West mengumumkan akan mencabar Donald Trump untuk bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) tahun ini. – Gambar EPA, 5 Julai, 2020.

KANYE West hari ini mengumumkan akan mencabar Donald Trump untuk bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) tahun ini.  

“Kita perlu merealisasikan janji Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatukan visi kami dan membina masa depan kami.

“Saya akan bertanding untuk jawatan presiden Amerika Syarikat! #2020 VISI,” tulis penyanyi rap itu di Twitter.

Beliau bagaimanapun untuk tidak memberikan keterangan lanjut mengenai pengumuman itu, empat bulan sebelum pemilihan pada 3 November ini. 

Tarikh akhir menjadi calon bebas belum tamat di kebanyakan negeri.

West sebelum ini lantang menyuarakan sokongannya terhadap Trump.

Pada 2018 West dan isterinya Kim Kardashian pernah bertemu Trump di Pejabat Oval. – AFP, 5 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen