Teman wanita Donald Trump Jr positif Covid-19


Bekas personality program televisyen Fox News Kimberly Guilfoyle yang bercinta dengan Donald Trump Jr disahkan positif Covid-19. – Gambar EPA, 4 Julai, 2020.

TEMAN wanita anak sulung Presiden Donald Trump disahkan positif Covid-19, lapor media Amerika Syarikat (AS) semalam.

Bekas personality program televisyen Fox News Kimberly Guilfoyle yang bercinta dengan Donald Trump Jr itu pergi ke South Dakota untuk menyaksikan ucapan Presiden AS sempena Hari Kemerdekaan dan sambutan bunga api di Gunung Rushmore.

Guilfoyle, 51, dengan segera diasingkan selepas disahkan positif virus itu dalam ujian rutin yang dilakukan terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai kontrak rapat dengan presiden, lapor New York Times.

Dalam satu kenyataan kepada surat khabar ketua kakitangan bagi jawatankuasa kewangan kempen Trump Sergio Gor berkata wanita itu sihat dan akan menjalani saringan kedua untuk mengesahkan diagnosis kerana tidak bergejala.

Menurutnya sebagai langkah berjaga-jaga wanita itu akan membatalkan semua rancangan akan datang.

“Trump Jr disahkan negative tetap turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani kuarantin kendiri dan membatalkan semua acara umum,” katanya.

Guilfoyle merupakan orang ketiga yang rapat dengan Trump disahkan positif Covid-19 selepas juruparkir valet peribadi dan Setiausaha Akhbar kepada Naib Presiden AS, lapor media itu.

Covid-19 mengorbankan hampir 130,000 nyawa di AS dan jangkitan baru-baru ini “membahayakan seluruh negara”,” kata pakar penyakit berjangkit Anthony Fauci. – AFP, 4 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen