Angka kematian gempa bumi di Mexico meningkat kepada 10 orang


Gempa bumi yang melanda selatan Mexico memaksa orang ramai meninggalkan rumah dan tempat kerja selain penutupan kilang minyak. – Gambar EPA, 24 Jun, 2020.

ANGKA kematian akibat gempa kuat yang melanda selatan Mexico meningkat kepada 10 orang, kata kerajaan pusat semalam.

Gegaran pada 10.29 pagi waktu tempatan (1629 GMT) itu berpusat di 23 kilometer ke selatan La Crucecita, sebuah perkampungan Pantai Pasifik di selatan Oaxaca

Bencana itu memaksa orang ramai meninggalkan rumah dan tempat kerja selain penutupan kilang minyak.

Gabenor Oaxaca Alejandro Murat berkata dalam wawancara dengan Milenio TV pada awal hari ini bahawa sebanyak 2,000 rumah sudah rosak.

Responden pertama masih berusaha membuang serpihan dari jalan raya, tambahnya.

Sebelum ini coordinator perlindungan awam negara David Leon berkata seramai 23 orang cedera dalam gempa tersebut.

Mexican Oil berkata kilangnya di Salina Cruz di Oaxaca ditutup sebagai langkah berjaga-jaga selepas api marak di kilang,

Salah seorang yang maut akibat gempa itu merupakan pekerja kilang yang terbunuh selepas terjatuh dari tempat tinggi. – AFP, 24 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen