AS, Rusia sedia kerjasama selesai isu perjanjian langit terbuka


Presiden AS Donald Trump berkata keputusan mencari penyelesaian berhubung Perjanjian Langit Terbuka dibuat susulan dakwaan Rusia mencabuli perjanjian itu. – Gambar EPA, 23 Jun, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) bersedia bekerjasama dengan Rusia bagi mencari penyelesaian berhubung Perjanjian Langit Terbuka, memetik satu laporan Jabatan Negara AS, yang dikeluarkan lewat Isnin, lapor agensi berita Rusia (TASS).

“Sejak sekian lama AS kekal sebagai pihak dalam Perjanjian Langit Terbuka, ia akan terus bekerjasama rapat dengan sekutu dan rakan kongsi di OSCC, kumpulan kerja bawahannya, dan hubungan dua hala dan multilateral yang lain untuk menangani pencabulan Rusia dan menambah baik perjanjian berkenaan,“kata laporan itu

“AS tetap sedia untuk bekerjasama dengan Rusia untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul,” menurut laporan itu.

Sebelum ini, AS mengumumkan menarik diri daripada perjanjian yang melibatkan 35 negara itu.

Kesepakatan berkenaan membenarkan pemantauan penerbangan dalam kalangan negara anggota bertujuan mempromosi kepercayaan dan mengelak konflik di antara negara itu dengan Rusia.

Presiden AS Donald Trump berkata keputusan berkenaan dibuat susulan dakwaan Rusia mencabuli perjanjian itu. – Bernama, 23 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen