Lebih 100,000 kes Covid-19 di Afrika Selatan


Menurut WHO lebih separuh jangkitan di benua Afrika adalah di Afrika Selatan. – Gambar EPA, 23 Jun, 2020.

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Afrika Selatan kini melebihi 100,000, dengan hampir 2,000 kematian setakat ini, kata Kementerian Kesihatan negara itu semalam.

“Setakat hari ini (semalam), jumlah keseluruhan kes yang disahkan di Afrika Selatan mencecah 101,590.”

Seramai 61 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini 1,991.

Western Cape paling teruk terjejas dengan 1,458 kematian dilaporkan  di wilayah itu setakat ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) lebih separuh jangkitan di benua Afrika adalah di Afrika Selatan.

Ini diikuti Nigeria dan Ghana, yang masing-masing merekod lebih 20,000 dan 14,000 kes jangkitan Covid-19. – AFP, 23 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen