Bersatu perlu berkorban untuk Perikatan, bukan Umno, kata Khaled Nordin


Naib Presiden Umno Mohamed Khalid Nordin berkata Umno tidak akan berkorban untuk memberi nyawa kepada mereka yang meninggalkan parti itu semasa parti tewas dan terjatuh parah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2020.

JANGAN menuntut pengorbanan daripada Umno untuk Perikatan Nasional (PN), kata Mohamed Khalid Nordin.

Naib Presiden Umno itu berkata, daripada membuat tuntutan yang tidak realistik, Bersatu mesti berusaha untuk membangunkan kekuatannya sendiri terlebih dahulu.

“Umno tidak akan berkorban untuk memberi nyawa kepada mereka yang meninggalkan Umno semasa parti ini tewas dan terjatuh parah. Kepada mereka ini, Umno mungkin memaafkan tetapi tidak akan melupakan.

“Adalah lebih baik bagi Umno menumpukan kekuatan dan tenaganya untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu menyertai misinya daripada memikirkan hal mereka yang pernah mencemuh, mencaci dan membenci Umno,” kata bekas menteri besar Johor.

Beliau mengulas mengenai ahli dewan tertinggi Bersatu semalam yang kononnya Umno mesti bersedia berkorban demi mengukuhkan PN. 

Dalam satu kenyataan Wan Saiful Wan Jan berkata Umno bukan parti dominan dalam PN seperti yang berlaku dalam BN.

Sebaliknya Bersatu bertanggungjawab terhadap PN.

“Sudah pasti ada pemimpin Umno yang risau.

“Kesaksamaan dalam PN akan menjadikan ia lebih baik daripada BN. Tetapi sekarang ini bagi saya Umno perlu diberi masa dan ruang untuk menguruskan transisi,” katanya dalam satu kenyataan. – 15 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen