Pilihan raya baharu tak selesaikan masalah Muhyiddin, kata penganalisis


Desmond Davidson

KETIDAKTENTUAN politik dalam negara tidak akan selesai jika pilihan raya baharu diadakan, kata penganalisis politik.

Ia tidak akan menjadi jalan bagi Perdana Muhyiddin Yassin untuk keluar dari kemelut ini, tambah mereka.

“Beliau tidak akan menyelesaikan krisis politik dalam negara ketika ini, kerana saya tidak nampak mana-mana parti atau gabungan politik yang akan mendapat majoriti mudah untuk menghentikan ketidaktentuan ini,” pensyarah Universiti Putra Malaysia dan penganalisis politik, Jayum Jawan memberitahu The Malaysian Insight. 

Menurut Jayum, pilihan raya baharu adalah pendekatan biasa yang diambil untuk menyelesaikan kemelut politik atau kepimpinan tetapi tidak akan menamatkan ketidaktentuan politik Malaysia. 

Tambah Jayum, beliau percaya keadaan tidaktentuan ini akan tetap berterusan kerana tiada parti atau gabungan yang akan menang dengan majoriti mudah.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata pilihan raya baharu hanya dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 hanya akan menyusahkan Muhyiddin.

“Saya yakin Muhydiddin sendiri maklum ia akan jadi peluang besar seseorang dari Umno untuk jadi perdana menteri,” kata Azman.

Beliau membayangkan Muhyiddin dan Dr Mahathir Mohamad tidak akan jadi perdana menteri jika pilihan raya diadakan semula.

“Kedua-duanya tidak akan berjaya,” katanya.

Dr Mahathir menuduh Muhyiddin merancang rampasan kuasa sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

“Muhyiddin kini dalam situasi sukar. Beliau kini tersepit.”

Menurut Azman, bukan serangan Dr Mahathir sahaja yang perlu dihadapi tetapi juga kemarahan dalam Umno.

“Bersatu tidak boleh bergantung kepada sokongan Umno selepas apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2018.

“Umno tidak akan bertolak ansur kerana akar umbi mereka masih marah dan menyalahkan Bersatu kerana cuba memecah belahkan parti. 

“Jadi, Bersatu ini tidak kuat, tiada sokongan akar umbi dan hanya bergantung kepada tarikan beberapa pemimpin. Itupun tidak cukup kuat.” – 14 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen