Patrick Teoh didakwa di mahkamah esok


Penyampai radio yang juga pelakon, Patrick Teoh mengesahkan akan didakwa di mahkamah di Johor esok, tetapi enggan mengulas lanjut. – Gambar YouTube, 13 Jun, 2020.

PATRICK Teoh dijankag didakwa di mahkamah esok berhubung dakwaan beliau menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim menerusi satu posting di Facebook.

Penyampai radio yang juga seorang pelakon itu mengesahkan beliau akan didakwa di mahkamah di Johor esok, tetapi enggan mengulas lanjut, memetik nasihat daripada peguamnya.

Teoh, 73, ditahan pada 9 Mei selepas satu laporan polis dibuat berhubung kiriman di Facebook di mana dipercayai beliau berkongsi klip video TMJ dan menggunakan bahasa kesat dalam komennya berkenaan klip itu di Facebook.

Kiriman itu sudah diturunkan daripada laman Facebook Teoh.

Pada awalnya, Teoh direman dua hari, sebelum Ketua Pesuruhjaya Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay memohon lanjutan reman susulan Teoh tidak bekerjasama dalam siasatan.

Teoh dibebaskan dengan jaminan polis pada 14 Mei.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Teoh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 13 Jun, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen