Pesara tentera Austria dipenjara 3 tahun


SEORANG pesara tentera Asutria dipenjara selama tiga tahun semalam selepas disabitkan atas kesalahan kerana mengintip untuk Rusia.

Lelaki berusia 71 tahun itu yang tidak dinyatakan namanya “mengkhianati rahsia negara dengan mengorbankan Austria untuuk perkhidmatan rahsia asing”, kata mahkamah Salzburg.

Dia juga “sengaja mengungkap rahsia ketenteraan”, menurut keputusan mahkamah.

Kes mahkamah bermula pada Mac secara tertutup bagi mengelakkan pendedahan maklumat rahsia ketenteraan.

Dia didakwa mengkhianati rahsia negara dalam jangka masa lebih 25 tahun yang mana dia menerima sekitar $AS310,000.

Peguam belanya berkata bahawa anak guamnya telah dibayar kira-kira $AS24000,00 untuk maklumat yang tersedia dari sumber terbuka.

Pendakwaraya berkata maklumah yang dituduh oleh defendan berkaitan dengan sistem senjata Austria dan organisasi pasukan tempur darat dan udara.

Mereka berkata dia mengekalkan hubungan dengan perisik Rusia sehingga bersara.

Pada masa penangkapannya media Austria menggambarkannya sebagai pegawai berpangkat pertengahan yang bekerja di jabatan perancangan Kementerian Pertahanan. – AFP, 10 Jun, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen