749 maut akibat Covid-19 dalam sehari di AS


Berdasarkan data yang dikumpul Johns Hopkins University semalam, jumlah keseluruhan angka kematian di AS kini 109,791 orang. – Gambar AFP, 7 Jun, 2020.

SERAMAI 749 orang maut akibat jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut angka rasmi dikeluarkan Johns Hopkins University semalam.

Berdasarkan data yang dikumpul universiti di Baltimore itu, jumlah keseluruhan angka kematian di AS kini 109,791 dan lebih 1.9 juta kes jangkitan dilaporkan setakat jam 8.30 malam waktu tempatan semalam.

Seramai 500,000 pesakit telah disahkan sembuh.

Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata penularan wabak di AS kini terkawal dan menggesa semua gabenor melonggarkan sekatan pergerakan di setiap negeri.

Kira-kira 3,000 orang maut akibat Covid-19 dalam sehari di AS pada pertengahan April, tetapi kini berkurangan kepada 1,000. Manakala 20,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, pakar kesihatan bimbang protes terhadap kekejaman polis terhadap polis dan perkauman di seluruh negara akan menyebabkan kes melonjak semula. – AFP, 7 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen