PKR tidak bertanding pada PRK Chini 


PKR tidak meletakkan calon pada PRK Chini selepas mempertimbangkan aspek keselamatan berikutan oaondemik Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Jun, 2020.

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Chini bulan depan, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha agung parti itu berkata, keputusan dibuat selepas mempertimbangkan aspek keselamatan dan kesihatan berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata walaupun Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan berupaya mengekang penularan yang lebih meluas, ia masih belum ditangani sepenuhnya.

“Pada masa yang sama, dalam konteks kebiasaan baharu (‘new normal’) prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka berhubung perjalanan pilihan raya, namun aspek keselamatan dan kesihatan para pengundi pada ketika ini masih menjadi satu kerisauan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan. Contohnya, larangan lebih dari 20 orang berhimpun.

Malah katanya, prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting juga masih belum dimukatmadkan.

Beliau berkata selepas mengambil kira perkara tersebut, PKR dan Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 Julai itu.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Adunnya Abu Bakar Harun, 60 akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu.

Pada piihan raya sebelum ini, BN memenangi kerusi berkenaan dengan 4,622 majoriti undi dan dan Mohd Amar berkata, PAS akan memberi sokongan penuh kepada BN di kerusi itu. – 6 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen