KKM jangka rantaian jangkitan Covid-19 putus pertengahan Julai


Ragananthini Vethasalam

Rantaian jangkitan Covid-19 di Malaysia ada kemungkinan dapat diputuskan pertengahan Julai sekiranya penularan dalam kalangan pekerja asing dapat dikawal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2020.

RANTAIAN jangkitan Covid-19 di Malaysia ada kemungkinan dapat diputuskan pertengahan Julai sekiranya penularan dalam kalangan pekerja asing dapat dikawal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Jika kita dapat mengawal (jangkitan dalam kalangan) pekerja asing, kita akan dapat mencapai sasaran untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara pada pertengahan Julai,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan menjangkakan bilangan kes jangkitan membabitkan rakyat tempatan mencecah satu angka hari ini, namun jumlah jangkitan melonjak dalam dua hari kebelakangan selepas kes baharu dikesan di depoh tahanan imigresen.

Malaysia semalam mencatat bilangan kes baharu yang tinggi iaitu sebanyak 277 kes. Daripada jumlah itu, 271 kes membabitkan warga asing.

“Kami menjangkakan kes jangkitan membabitkan rakyat Malaysia hanya satu angka tetapi disebabkan jangkitan di pusat tahanan, berlaku peningkatan kes. Bagaimanapun, penularan adalah terkawal,” tambah beliau.

“Kami memang berdepan cabaran dan ianya membabitkan pekerja asing.”

Noor Hisham berkata tempat penginapan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pekerja asing perlu diteliti.

Rakyat Malaysia pula katanya mematuhi SOP yang dikeluarkan KKM.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19, tambahnya.  – 5 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen