3 maut, 7 cedera diserang di China


TIGA maut dan tujuh lagi cedera ditikam seorang lelaki dalam satu serangan di sebuah pasaraya di luar bandar tenggara China, kata polis negara itu hari ini.

Penyerang yang berusia 35 tahun ditangkap sejurus kejadian yang berlaku lewat semalam di wilayah Fujian namun pihak berkuasa tidak mendedahkan senjata yang digunakannya dalam kejadian itu.

Mereka yang cedera dalam keadaan stabil dan dirawat di hospital.

Serangan berlaku beberapa jam selepas 39 murid dan kakitangan cedera apabila diserang menggunakan pisau di sebuah sekolah rendah di luar bandar di wilayah Guangxi, selatan China.

Penyerang dilaporkan merupakan seorang pengawal keselamatan di sekolah berkenaan dan sudah ditangkap.

Keganasan menggunakan pisau bukan sesuatu yang jarang berlaku di China kerana penggunaan senjata api dikawal ketat di negara itu.

China merekodkan beberapa siri serangan di kawasan sekolah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP, 5 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen