China ancam bertindak balas terhadap AS


Polis guna meriam air untuk suraikan penunjuk perasaan yang membantah pelaksanaan undang-undang hasutan di Hong Kong. – Gambar EPA, 26 Mei, 2020.

CHINA bekata ia akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS) jika dikenakan tindakan terhadap usaha untuk melaksanakan undang-undang hasutan di Hong Kong.

Ia susulan ketua keselamatan pusat perniagaan di wilayah itu menggelar pelaksanaan undang-undang itu sebagai alat membanteras keganasan.

Beijing merancang meluluskan undang-undang keselamatan baharu untuk Hong Kong yang melarang pengkhianatan, penindasan dan hasutan selepas berdepan protes pro-demokrasi yang sering mengakibatkan berlakunya keganasan, tahun lalu.

Bagaimanapun, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalanan membantah pelaksanaannya walaupun dilarang berkumpul diperkenalkan bagi membanteras Covid-19.

Penduduk Hong Kong, kumpulan ahli perniagaan dan negara Barat bimbang, cadangan itu akan memberi tamparan hebat terhadap hak kebebasan mereka.

Ketika polis menyuraikan orang ramai yang berhimpun, menggunakan gas pemedih mata dan meriam air, Penasihat Keselamatan Nasional Washington Robert O’Brien berkata undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada Hong Kong yang menjadi pilihan perdagangan AS.

Namun, Kementerian Luar China berkata Beijing akan bertindak balas terhadap sekatan dari Washington.

“Jika AS berkeras untuk menyakiti kepentingan China, China harus mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk melawan dan menentang ini,” kata jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian kepada wartawan pada Isnin. – AFP, 26 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen