Kakitangan dan penghuni 272 rumah orang tua jalani saringan Covid -19


Ragananthini Vethasalam

Melalui pemeriksaan ini, 23 kes positif dikesan dan 13 daripadanya adalah melibatkan warga emas yang merupakan penghuni rumah jagaan ini. Sementara 10 jangkitan dikesan di kalangan kakitangan rumah jagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mei 2020.

PEMERIKSAAN dan saringan Covid-19 telah dijalankan di 272 rumah orang tua di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Melalui pemeriksaan ini, 23 kes positif dikesan dan 13 daripadanya adalah melibatkan warga emas yang merupakan penghuni rumah jagaan ini. Sementara 10 jangkitan dikesan di kalangan kakitangan rumah jagaan.

Beliau juga menyarankan supaya sukarelawan yang bekerja di kemudahan penjagaan kesihatan agar tidak bimbang bahawa mereka mungkin membawa jangkitan.

Lebih dari 80% jangkitan yang dikesan di rumah orang tua tidak mempunyai gejala jangkitan.

Beliau turut menambah bahawa rumah jagaan orang tua adalah tempat berisiko tinggi jangkitan selain penjara dan depoh imigresen di mana ruangnya tertutup. – 23 Mei 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen