Langkah Sri Lanka wajib bakar mayat pesakit Covid-19 cetus kemarahan


Orang ramai mengekalkan jarak satu meter di antara satu sama lain ketika menyaksikan anggota polis bermain muzik di Sri Lanka yang bertujuan memberi semangat semasa tempoh perintah berkurung. – Gambar EPA, 13 April, 2020.

SRI Lanka mewajibkan pembakaran mayat bagi pesakit koronavirus pada Ahad, mengabaikan protes daripada minoriti orang Islam yang berkata ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Tujuh kematian akibat penyakit berjangkit setakat ini, tiga daripadanya adalah orang Islam. Kesemua mayat dibakar oleh pihak berkuasa meskipun menerima protes daripada ahli keluarga.

“Mayat orang yang meninggal dunia atau disyaki meninggal dunia…kerana Covid-19 akan dibakar,” kata Menteri Kesihatan Pavithra Wanniarachchi pada Ahad.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mangsa “boleh dikebumikan atau dibakar”.

Lebih 200 orang didapati positif koronavirus setakat ini di Sri Lanka, dengan perintah berkurung di seluruh negara telah laksanakan.

Pembakaran mayat menerima kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia.

“Pada masa yang sukar ini, pihak berkuasa sepatutnya menyatupadukan komuniti dan bukannya menambah jurang perpecahan di antara mereka,” kata Pengarah Asia Selatan, Amnesty, Biraj Patnaik, pada awal bulan ini.

Parti politik utama negara yang mewakili umat Islam, yang membentuk 10% daripada 21 juta penduduk negara, mendakwa kerajaan “tidak berperikemanusiaan” terhadap upacara keagamaan dan hasrat keluarga.

Ketegangan antara orang Islam dan majoriti penduduk Sinhalese sampai ke kemuncak pada sambutan Hari Easter lepas selepas pemberontak tempatan didakwa melakukan tindakan bom bunuh diri di tiga hotel dan tiga gereja yang membunuh 279 orang.

Seminggu kemudian, perusuh Sinhalese menyerang orang Islam, membunuh dan mencederakan  lebih banyak lagi. 

Ratusan rumah dan kenderaan dimusnahkan dan pihak berkuasa dituduh gagal menghentikan keganasan - dakwaan yang ditolak oleh Colombo.

Gereja Katolik Roman Sri Lanka berkata pada Ahad ia memaafkan pengebom bunuh diri, sambil menambah “kami menawarkan kasih sayang kepada musuh yang cuba memusnahkan kami”. – AFP, 13 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen