Harga minyak turun lagi


HARGA minyak turun lagi sepanjang minggu depan, umum Kementerian Kewangan hari ini.

Harga runcit RON97 turun lapan sen seliter, daripada RM1.68 kepada RM1.60 seliter.

RON95 juga turun lapan lapan sen iaitu daripada RM1.38 seliter kepada RM1.30 seliter.

Manakala harga runcit diesel turun 10 sen seliter kepada RM1.58 berbanding RM1.68 seliter.

Harga runcit yang diumumkan kementerian berkuatkuasa  tengah malam ini hingga 10 April. – 3 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen