Ahli politik mungkin salah guna kuasa edar bantuan, kata Bersih


The Malaysian Insight

Gambar Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ditampal pada kampit beras yang diedarkan semasa PKP. – Gambar ihsan Bersih 2.0, 1 April, 2020.

TINDAKAN dua menteri, seorang timbalan menteri dan seorang exco negeri menampal gambar mereka pada barang-barang bantuan Covid-19 dikhuatiri menyalahi akta anti rasuah, kata badan pemantau pilihan raya.

Bersih 2.0 berkata sekiranya bantuan yang diagihkan menggunakan dana kerajaan, mereka telah menyalahuguna kuasa dan boleh disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sekiranya dana kerajaan disalahgunakan untuk ahli politik untuk mendapatkan penghargaan, ia mungkin jatuh di bawah siasatan SPRM di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” kata bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Dua menteri yang dimaksudkan adalah Annuar Musa (Wilayah Persekutuan) dan Saifuddin Abdullah (Komunikasi dan Multimedia), manakala timbalan menteri itu adalah Ikmal Hisham Abdul Aziz (Pertahanan).

Exco yang dimaksudkan pula adalah Exco Negeri Sembilan Veerapan Supermaniam.

Gambar dan nama mereka ditampal pada bungkusan bantuan yang diedarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam kes-kes yang paling jelas, dua menteri persekutuan (Annuar Musa, Saifuddin Abdullah), seorang timbalan menteri persekutuan (Ikmal Hisham) dan seorang exco negeri (S Veerapan) mempunyai wajah dan / atau nama mereka di dalam pek hadiah, kedua-duanya atas kapasiti mereka sebagai menteri persekutuan/negeri dan wakil kawasan.

“Sekiranya pemberian tersebut didanai menggunakan sumber di bawah kuasa mereka, Bersih 2.0 berpandangan bahawa mereka telah menyalahgunakan kuasa menteri/exco dan perlu disiasat di bawah Akta SPRM.”

Ini antara 19 kes yang mendapat perhatian Bersih ke atas pemimpin politik dari Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, yang mengedarkan bantuan bertampal gambar dan nama masing-masing. – 1 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen