Tentera laut Korea Selatan dijangkiti semula Covid-19 


Tentera yang bertugas di selatan Pulau Jeju itu dibenarkan keluar hospital minggu lalu selepas menjalani rawatan selama sebulan. – Gambar EPA, 31 Mac, 2020.

SEORANG anggota Tentera Laut yang sebelum ini diuji positif Covid-19 dan telah pulih, sekali lagi disahkan dijangkiti virus itu, memetik kementerian pertahanan pada Selasa lapor agensi berita Yonhap.

Tentera yang bertugas di selatan Pulau Jeju itu dibenarkan keluar hospital minggu lalu selepas menjalani rawatan selama sebulan.

Dia dijangkiti semula virus itu ketika menjalani kuarantin pencegahan, diuji positif sekali lagi pada Selasa.

Minggu lalu, dua orang anggota tentera - seorang pegawai Tentera dan seorang kontraktor Tentera Udara - dijangkiti virus itu selepas pulih sepenuhnya.

Sehingga Selasa Angkatan Tentera sudah melaporkan sebanyak 39 jangkitan Covid-19.

Sebagai langkah pencegahan, sekitar 1,780 anggota tentera dikuarantin di pangkalan.

Antaranya, kira-kira 120 orang sama ada mereka mempunyai gejala berkaitan Covid-19 atau mempunyai kontak dengan pesakit.

Baru-baru ini, anggota tentera berkenaan mengunjungi tenggara Daegu, antara negeri yang paling teruk terjejas dengan wabak maut itu. – Bernama, 31 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen