Kawalan mungkin diperketat di 2 kawasan di Selangor


Ragananthini Vethasalam

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi Covid-19 dan mungkin terdapat satu atau dua zon di negeri ini yang akan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2020.

MUNGKIN terdapat satu atau dua zon di Selangor yang berpotensi untuk berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan seperti yang dikenakan di Simpang Renggam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan hari ini berkata Selangor merupakan negeri yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi.

“Jika kita lihat jangkitan, jumlah kes tertinggi adalah di Selangor. Kita perlu lihat di mana tempat atau zon yang mempunyai jumlah kes tertinggi.

“Kami sudah mengenal pasti satu atau dua zon di Selangor di mana kita mungkin akan mengambil tindakan sama seperti di Simpang Renggam,” katanya dalam sidang akhbar harian Kementerian Kesihatan hari ini.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham tidak dapat mengenal pasti mana-mana kawasan yang dicari oleh kementerian. 

Sehingga kini kerajaan melaporkan 33 kes baharu membawa jumlah kumulatif kepada 612 kes. 

Minggu lepas Simpang Renggam diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan selepas jumlah kes di kawasan itu meningkat.  

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kg Dato ‘Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid berhampiran Kluang selepas terdapat 61 kes di kawasan itu yang menjejaskan 3,570 penduduk dari 650 keluarga. 

Kluang, Johor melaporkan 97 kes setakat ini di mana  81 adalah dari Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam. – 29 Mac, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen