Greece 'lockdown' bandar dihuni orang Islam


Terdapat 22 kematian dan 821 kes secara rasmi yang diumumkan berhubung jangkitan di Greece, yang mempunyai populasi 11 juta penduduk. – Gambar EPA, 26 Mac, 2020.

PIHAK berkuasa Greece mengkuarantin bandar yang dihuni oleh orang Islam di timur laut negara selepas terdapat beberapa kes dan kematian akibat koronavirus di kawasan itu.

Kawasan di wilayah Xanthi dikenakan pengurungan (lockdown) pada petang Khamis susulan sembilan penduduknya diuji positif virus sejak enam hari lalu, kata Timbalan Menteri Perlindungan Awam Nikos Hardalias kepada wartawan.

“Semua penduduk tditahan sementara di rumah. Tiada pengecualian,” kata Hardalias.

Pusat wabak ini melibatkan bandar kecil Pomak kecil Ehinos, dengan penduduk sekitar 2,500 orang.

“Penduduk Ehinos akan diberikan makanan dan ubat,” kata Hardalias.

Seorang lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia akibat virus itu, kata wartawan tempatan Ridvan Deli Huseyin kepada stesen televisyen Antena.

“Lebih baik ambil langkah sekarang daripada menyesal kemudian,” kata Huseyin, datuk bandar pusat pentadbiran Miki.

Pomaks adalah sekumpulan orang Islam yang berasal dari Slavia dan kebanyakannya tinggal di negara jiran Bulgaria.

Mereka membentuk sebahagian daripada minoriti 110,000 orang Islam berketurunan Greece di timur laut negara ini yang bersempadan dengan Turki.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai pekerja industri migran di negara Eropah yang lain.

Menurut televisyen negara Greece ERT, beberapa ratus pekerja Pomak baru-baru ini kembali kerja perkapalan dan pembinaan di Itali, Perancis, Belanda, Belgium dan Jerman.

Terdapat 22 kematian dan 821 kes secara rasmi yang diumumkan berhubung jangkitan di Greece, yang mempunyai populasi 11 juta penduduk. – AFP, 26 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen