Covid19: Pasukan perubatan naiki kapal persiaran sebelum berlabuh


Kapal persiaran Grand Princess, yang mengesahkan 21 daripada 3,500 penumpang dan anak kapal dijangkiti Covid-19.– Gambar EPA, 9 Mac, 2020.

PASUKAN perubatan bersedia untuk menaiki kapal persiaran yang berdepan jangkitan koronavirus di perairan California dan akan memulakan proses imbasan haba terhadap penumpang. 

Operasi mendarat di kapal persiaran berkenaan disiftkan sebagai “sukar dan belum pernah dilakukan”. 

Kapal persiaran Grand Princess, yang mengesahkan 21 daripada 3,500 penumpang dan anak kapal dijangkiti Covid-19, dijangka akan berlabuh di Oakland pada Isnin selepas empat hari terkandas perairan berhampiran San Francisco. 

Operasi untuk memindahkan penumpang ke daratan dijangka akan mengambil masa dua hingga tiga hari dan ia akan dimulakan berdasarkan arus dan pasang surut laut, kata Datuk Bandar Gavin Newsom kepada sidang media pada Ahad. 

“Kami masih berusaha memastikan persediaan rapi dibuat sebaik mungkin,” katanya. 

Dalam operasi sukar dan tidak pernah dilakukan itu, petugas perubatan dijangka akan menaiki kapal berkenaan pada petang Ahad dan akan menjalankan “penilaian pantas” terhadap penumpang, tambah pakar perubatan John Redd. 

Pihak berkuasa mula menghantar bekalan ubat-ubatan kepada penumpang di kapal berkenaan yang memerlukan, kata salah seroang penumpang kapal Grand Princess, Carolyn Wrigth kepada AFP. 

Penumpang yang memerlukan waratan di hospital akan dipindahkan secepat mungkin ke pusat perubatan di Oakland untuk rawatan. – AFP, 9 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen