Mengapa PKR tenang dengan amukan PAS


Sheridan Mahavera

PKR banyak bergantung kepada PAS untuk membolehkan calonnya sampai kepada pengundi Melayu sejak dua pilihan raya lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 April, 2017.

APABILA PAS menghamburkan amukan terhadap bekas sekutu mereka DAP dua tahun lalu, parti itu segera bangkit dan melawan.

Respons sebaliknya berlaku apabila PKR menerima hentaman daripada perwakilan PAS pada kongres tahunan parti itu dan ia sudah dijangka.

Puncanya, kata penganalisis politik dan orang dalam, tidak seperti DAP, PKR berhadapan banyak kerugian kesan PAS yang kini bertukar daripada rakan menjadi lawan.

Bagi dua pilihan raya lalu, calon PKR bergantung kepada struktur bawahan PAS yang kuat untuk sampai kepada pengundi Melayu.

Ini mengapa pemimpin de-facto PKR, Anwar Ibrahim berkata parti itu masih berkata “mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan PAS” walaupun hakikatnya ia dibelasah selama dua hari berturut-turut.

Respons paling tegas adalah daripada pemimpin PKR adalah Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan ia juga sudah dijangka.

Aktivis akar umbi PAS seperti Md Noor Hussin dari Gombak, Selangor memberi gambaran tepat hubungan dinamik di antara PAS dan PKR, yang menjadi sekutu sejak ia ditubuhkan pada 1999.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, beliau adalah seorang daripada ratusan pekerja pilihan raya PAS yang bekerja gigih berkempen untuk Azmin Ali, menteri besar Selangor daripada PKR.

“Saya dan pasukan memasang poster dan kain rentang bagi Azmin. PKR mempunyai petugas pilihan raya mereka sendiri tetapi ia kecil berbanding kami. Kita lakukan kebanyakan kerja,” katanya ketika menerangkan saiz jentera pilihan raya PAS yang membantu Azmin dipilih sebagai ahli Parlimen Gombak.

“Malah ejen mengira undi di pusat mengundi Gombak adalah daripada PAS,” kata ketua Pemuda PAS Gombak.

Semalam, Md Noor menyertai rakannya dalam Pemuda PAS menuntut parti menamatkan hubungan dengan individu yang pernah beliau bantu itu.

Hubungan PAS-PKR bukan sahaja tentang perkongsian petugas pilihan raya dan ejen pengundian.

Penganalisis Mohamad Hisomuddin Bakar berkata matlamat PAS untuk memenangi 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang bermakna beberapa calon akan berakhir bertanding dengan PKR dan Barisan Nasional.

“Sebahagian kerusi ini dipinjamkan PAS kepada PKR tetapi di beberapa kerusi lain, PAS dan PKR ada kerusi masing-masing,” kata Hisomuddin Ilham Centre.

Seorang pemimpin kanan PKR berkata mereka menyediakan bunga api di muktamar PAS ini dan bagi perceraian yang mungkin berlaku memandangkan PAS kini lebih didorong ideologi berbanding sebelum ini.

“Tetapi kita juga tahu di sebalik semua kekecohan itu, masih ada ruang untuk berunding dengan mereka. Jadi apa yang terbaik, tidak mencurah minyak ke dalam api tetapi menunggu ia padam dan biarkan semuanya bertenang,” kata pegawai kanan yang tidak mahu dikenali.

Akhirnya, ia bukan hanya PKR yang menderita daripada perseteruan PAS. Tinjauan badan pemikir Invoke menunjukkan parti Islam itu sendiri akan musnah dalam pertandingan tiga penjuru. – 29 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen