Baru Bian isytihar sokong Dr Mahathir


Baru Bian antara ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan terhadap Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Februari, 2020.

BARU Bian menandatangi akuan bersumpah untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Ahli Parlimen Selangau itu berbuat demikian sambil disaksikan Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary dan disiarkan secara langsung di media sosial oleh Fahmi yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Bagaimanapun Baru Bian yang meninggalkan lokasi itu pada pukul 8.40 malam enggan memberi kenyataan kepada media.

Fahmi kemudiannya mengisytiharkan Pakatan Harapan (PH) mempunyai 114 sokongan ahli Parlimen untuk menyokong Dr Mahathir.

Yayasan Al Bukhary menjadi tumpuan penting untuk ahli Parlimen PH selepas mereka hadir ke bangunan itu untuk menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Dr Mahathir.

Majlis Presiden PH dijadualkan mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Muhyiddin dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara pukul 10.30 pagi esok.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen