Syed Saddiq tidak setuju Muhyiddin sebagai PM


Sebelum pengunduran Bersatu dari Pakatan Harapan pada hari Isnin, Syed Saddiq juga adalah merupakan ketua Pemuda Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Februari, 2020.

PERPECAHAN sokongan pimpinan Bersatu terhadap Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri tercetus apabila Ketua Armada Syed Saddiq Abdul Rahman mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan bekerja dengan mereka yang melakukan rasuah dan tidak akan membentuk kerajaan dengan mereka.

Ahli-ahli Parlimen Bersatu akan bertemu dengan Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi menyatakan sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Syed Saddiq menyiarkan videonya di Twitter pada pukul 8.05 pagi tadi.

“Saya ingin tegaskan satu perkara, saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan mereka. 

“Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini adalah soal identiti dan integriti. ” kata Ahli Parlimen Muar itu.

Sebelum pengunduran Bersatu dari Pakatan Harapan pada hari Isnin, Syed Saddiq juga adalah ketua Pemuda Pakatan Harapan.

“Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini,” katanya.

Beliau tidak menyatakan siapa yang akan beliau sokong sebagai perdana menteri dalam video itu namun penejelasan tersebut jelas menunjukkan pendirian beliau yang bertentangan dengan pendirian parti yang menyokong Muhyiddin.

Sehingga hari ini, Muhyiddin yakin dengan sokongan 97 ahli Parlimen terdiri dari 36 daripada Bersatu, termasuk bekas ahli Parlimen PKR yang terdiri daripada pasukan Mohamed Azmin Ali, 39 dari Umno, 2 dari MCA, 1 dari MIC, 1 dari PBRS, dan 18 dari PAS.

Sementara itu, Anwar Ibrahim pula mempunyai sokongan 93 ahli Parlimen yang kesemuanya daripada Pakatan.

Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang mempunyai 18 Ahli Parlimen, mengumumkan pendiriannya pada hari Ahad, manakala sembilan Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah dan 1 daripada Upko menyokong kerajaan Pakatan namun belum menjelaskan tentang perkembangan baru itu.

Sayap pemuda Armada juga dilihat menyokong Syed Saddiq, dengan kenyataannya hari ini bahawa beliau tetap menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon untuk perdana menteri.

Majlis tertinggi Bersatu pada 24 Feb (Isnin), sebelum perkembangan yang membawa kepada sokongan terhadap Muhyiddin, yang sanggup bekerjasama dengan Umno, sedangkan Dr Mahathir berkata beliau hanya akan bekerjasama dengan mereka yang keluar daripada Umno.

Keputusan “Ahli Parlimen (untuk menyokong Muhyiddin) tidak mewakili parti kerana ia tidak mendapat mandat dari majlis tertinggi parti,” kata Aizad Roslan, timbalan ketua Armada dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 8.25 pagi hari ini.

“Armada akan menyokong mandat yang diberikan dalam PRU14 dan meletakkan kepercayaan kepada Dr Mahathir sebagai pengerusi Bersatu.

“Sekali lagi, Armada kekal pendirian bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan individu yang terlibat dalam rasuah dan sedang dibicarakan.” – 29 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • with UMNO + PAS around
    damn

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Lan Lan · Ulasan