Lubnan sekat kemasukan warga asing dari 4 negara terjejas Covid-19


Lubnan menyekat kemasukan warga asing dari China, Korea Selatan, Iran dan Itali susulan wabak Covid-19 yang semakin menular. – Gambar EPA, 29 Februari, 2020.

LUBNAN semalam melaporkan akan menyekat kemasukan warga asing yang tidak bermastautin dari empat negara yang paling terjejas oleh wabak koronavirus (Covid-19) sehari selepas memgumumkan kes ketiga jangkitan di negara berkenaan.

Negara Timur Tengah akan melarang kemasukan mereka yang tiba dari China, Korea Selatan, Iran dan Itali, lapor agensi berita negeri tanpa mengatakan bila langkah itu akan berkuat kuasa.

Semua syarikat penerbangan yang beroperasi ke Beirut telah dimaklumkan mengenai larangan itu yang tidak menjejaskan rakyat Lubnan atau warga asing yang memegang permit residensi.

Menteri Pendidikan Tarek Majzoub semalam mengarahkan penutupan semua sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di negara ini sehingga 8 Mac.

Kementerian Kesihatan Lubnan mengesahkan satu lagi kes Covid-19 di negara berkenaan.

Ketiga-tiga individu yang dijangkiti – dua warga Lubnan dan seorang Iran.

Iran pada Jumaat melaporkan 34 angka kematian akibat wabak Covid-19. – AFP, 29 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen