Serangan Israel cederakan 3 tentera Syria


Israel melancarkan beratus-ratus serangan terhadap Syria dan pasukan sekutu kerajaan Iran dan Hezbollah sejak konflik Syria meletus pada 2011. – Gambar EPA, 28 Februari, 2020.

SEKURANG-KURANGNYA tiga anggota tentera Syria cedera akibat serangan helikopter yang berlaku di Golan Height semalam, lapor agensi berita rasmi SANA.

Menurut SANA helikopter Israel melancarkan serangan peluru berpandu di Golan Heights yang menyasarkan kedudukan tentera Syria di Kahtaniyeh, Al Horiyyat dan pekan Quneitra menyebabkan tiga anggota cedera.

Serangan berlaku susulan tragedi seorang warga Syria yang dikaitkan dengan gerakan Syiah Lubnan, Hezbollah yang terbunuh dalam serangan dron rentas sempadan Israel semalam.

Ketua Hak Asasi Manusia Syria Pemantau Rami Abdel Rahman memberitahu AFP bahawa serangan menyasarkan perkampungan Haidar di wilayah Quneitra.

Sumber maklumat memberitahu lelaki itu dikenali sebagai Imad Tawil sementara SANA mengatakan dia adalah warga Haidar.

Israel melancarkan beratus-ratus serangan terhadap Syria dan pasukan sekutu kerajaan Iran dan Hezbollah sejak konflik Syria meletus pada 2011. – AFP, 28 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen