China lapor 29 lagi kes kematian Covid-19


China rekod 29 lagi kematian hari ini akibat epidemik koronavirus, jumlah harian terendah pernah direkodkan dalam tempoh hampir sebulan. – Gambar EPA, 27 Februari, 2020.

CHINA melaporkan 29 lagi kematian hari ini akibat epidemik koronavirus, jumlah harian paling rendah pernah direkodkan setakat ini dalam tempoh hampir sebulan.

Jumlah kematian setakat ini 2,744 di tanah besar China, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Angka kes kematian menurun bagi tiga hari berturut-turut, mencecah jumlah terendah sejak 29 Januari, yang mencatatkan 26 kematian.

Suruhanjaya itu melaporkan 433 kes baharu, dengan 24 kes di wilayah Hubei, lokasi pertama tercetusnya wabak itu pada Disember, di ibu kotanya Wuhan.

Secara keseluruhan pada masa ini, hampir 78,500 kes dilaporkan.

Jumlah jangkitan baharu di luar Hubei semakin menurun sejak minggu lalu.

Dengan Hubei terus ditutup, bandar-bandar di seluruh negara juga mula kembali berfungsi secara perlahan-lahan, tetapi sekolah masih tutup dan Bejing mengarahkan mereka yang pulang ke ibu kota itu kuarantin diri sendiri selama 14 hari. – AFP, 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen