Hutan di Kuala Langat kini tumbuh semula, kata kumpulan alam sekitar


Sheridan Mahavera

Orang Asli suku Temuan mendesak kerajaan negeri Selangor tidak menamatkan pewartaan bagi hutan simpan Kuala Langat di Bukit Cheeding. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2020.

HUTAN paya gambut di Kuala Langat tidak lagi merosot tetapi sedang melalui proses penumbuhan semula, kata kumpulan persatuan sivil susulan kerajaan negeri Selangor bertindak menamatkan status kawasan dilindungi dan memotong pokok di situ.

Pemeriksaan terbaru menunjukkan 90% kawasan itu yang merosot sebelum ini kini ditumbuhi pokok Mahang  dan Tenggek Burung, kebanyakannya sudah tumbuh 10 meter, kata Global Environment Centre (GEC).

Penumbuhan semula itu sepatutnya menjadi sebab untuk kerajaan negeri Selangor tidak memotong pokok di situ dan membangunkan hutan berkenaan.

Menteri Besar Amirudin Shari sebelum ini berkata kerajaan negeri mahu memotong pokok dan membangunkan hutan seluas 930 hektar itu kerana hutan itu sudah merosot dan menjadi sumber kepada kebakaran hutan.

“Saya fikir kerajaan negeri menerima maklumat yang sudah lapuk. Saya tidak mereka melihat sendiri bahawa hutan itu sudah tumbuh semula,” kata Pengarah GEC Dr Faisal Parish.

“Ia bukan hanya ditumbuhi lalang lagi, hutan itu sebenarnya sedang tumbuh semula,” kata Faisal pada satu majlis taklimat khas berkenaan hutan simpan Kuala Langat.

Kawasan yang ditanam semula, iaitu kira-kira 372 hektar daripada keseluruhan 930 hektar, tidak lagi berisiko seperti sebelum ini, atas usaha masyarakat Orang Asli di situ yang melakukan kerja pemulihan dan pemeliharaan di situ.

Pengarah GEC Dr Faisal Parish berkata pada masa ini, 90% kawasan hutan simpan Kuala Langat sudah ditumbuhi pokok Mahang  dan Tenggek Burung. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2020.

Hutan itu menjadi kediaman untuk kira-kira 1,000 Orang Asli suku Temuan yang tinggal di empat kampung di sekitar hutan berkenaan.

Masyarakat Orang Asli itu ada hak tanah adat terhadap hutan berkenaan sejak 1927 ketika hutan itu kali pertama diwartakan sebagai kawasan perlindungan, diperkenankan oleh Sultan Selangor pada masa itu. – 25 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen