PKR hilang 11 ahli Parlimen


PKR kini hanya mempunyai 39 ahli Parlimen selepas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat. – Gambar EPA, 24 Februari, 2020.

SERAMAI 11  ahli Parlimen PKR keluar daripada parti dan memilih untuk menjadi calon bebas.

Bilangan itu termasuklah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang dipecat.

Azmin adalah ahli Parlimen Gombak manakala Zuraida mewakili Ampang,

Seramai 11 ahli Parlimen memaklumkan pendirian mereka dalam satu kenyataan ringkas.

Sembilan anggota Parlimen lain adalah Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju ) Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau)

Dengan keputusan mereka keluar daripada PKR, parti itu mempunyai 39 ahli Parlimen. –  24 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen