Askar Thai mengamuk ditembak mati, lapor media


Pasukan keselamatan membawa keluar orang awam dari pusat membeli-belah Terminal 21, Nakhon Ratchasima yang menjadi tempat bersembunyi penyerang bersenjata. – Gambar EPA, 9 Februari, 2020.

PASUKAN keselamatan Thailand menembak mati seorang askar selepas suspek melepaskan tembakan rambang yang sekurang-kurangnya menyebabkan sekurang-kurangnya 21 orang mati dan mencederakan kira-kira 42 yang lain, kata polis pagi ini.

Mereka berkata suspek dibunuh di pusat membeli-belah Terminal 21 di Nakhon Ratchasima.

Ketua Polis Negara Chakthip Chaijinda dan Poonsap Prasertsak, ketua polis Wilayah 3, mengesahkannya pada Ahad.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya dan dua yang lain di Kem Tentera Surathampithak semalam, sebelum bertindak melarikan mencuri beberapa senjata api baharu.

Beliau melepaskan berdas-das tembakan rambang ke arah orang awam semasa memandu kenderaan dari kem tentera itu ke pusat membeli-belah Terminal 21.

Tembakan dilepaskan sebelum subuh, beberapa jam selepas perkhidmatan keselamatan menyerbu tingkat bawah Terminal 21, di mana lelaki bersenjata itu menyembunyikan diri dilengkapi senjata yang dicuri dari baraknya selama lebih 17 jam.

Mangsa terbaru adalah seorang pegawai polis yang terlibat dalam serbuan sekitar jam 3 pagi, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul.

Mangsa terselamat menceritakan suasana di pusat membeli-belah yang biasanya sibuk bertukar menjadi tempat menakutkan ketika lelaki bersenjata itu masuk.

“Ia seperti mimpi ... Saya bersyukur selamat,” kata Sottiyanee Unchalee, 48, kepada AFP, memberita beliau bersembunyi di dalam tandas gim ketika mendengar bunyi tembakan.

“Saya simpati kepada mereka yang meninggal dunia ... (dan) mereka yang masih terperangkap di dalamnya.”

Ketika polis menyerbu masuk, orang ramai yang terkejut dan ketakutan, berlari meninggalkan kawasan penuh dengan darah dalam insiden yang dipaparkan menerusi Facebook oleh penembak itu. β€“ Agensi, 9 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen