Malaysia Airlines perlukan RM21 bilion untuk terus beroperasi


Dalam pelan perniagaannya, MAB dilaporkan berkata ia menjangkakan pulang modal pada 2022 dan mencapai kestabilan kewangan pada 2024. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2020.

MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) memerlukan sehingga RM21 bilion dana awam untuk membolehkan ia terus beroperasi sehingga 2025 tanpa rakan strategik, lapor Focus Malaysia.

Portal perniagaan itu berkata, ia melihat memo yang memaparkan angka tersebut berdasarkan unjuran Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki syarikat penerbangan negara.

Khazanah menyediakan analisisnya bagi rancangan perniagaan MAB untuk tempoh 2019-2025. Tidak diketahui tarikh sebenar memo itu.

Focus Malaysia berkata jumlah RM21 bilion, atau RM3.5 bilion setahun, merupakan anggaran yang agak tinggi dan ia termasuk pembelian pesawat baru.

Di dalam memo, Khazanah berkata anggaran MAB sebanyak RM10.3 bilion diperlukan untuk terus bertahan sebagai “terlalu optimistik”.

Dalam pelan perniagaannya, MAB dilaporkan berkata ia menjangkakan pulang modal pada 2022 dan mencapai kestabilan kewangan pada 2024. – 23 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen