Wakil PKR dalam Majlis Presiden PH mesti sebulat suara Anwar calon PM


Ragananthini Vethasalam

Setiausaha agung parti itu memberitahu pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa pimpinan pusat (MPP) PKR bahawa enam wakil itu perlu berpegang teguh dengan parti dan menjauhkan pandangan mereka berhubung peralihan kuasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Januari, 2020.

PERWAKILAN PKR dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu menyokong pendirian parti bahawa Anwar Ibrahim adalah calon perdana menteri, kata Saifuddin Nasution.

Setiausaha agung parti itu memberitahu pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa pimpinan pusat (MPP) PKR bahawa enam wakil itu perlu berpegang teguh dengan parti dan menjauhkan pandangan mereka berhubung peralihan kuasa.

“MPP mengesahkan semula keputusan biro politik, MPP (jawatankuasa kepimpinan pusat PKR) dan kongres parti berhubung kedudukan Anwar sebagai calon PKR untuk jawatan perdana menteri. Beliau juga calon perdana menteri PH yang diputuskan melalui konsensus pada 6 Januari, 2018, “katanya.

“MPP telah memutuskan bahawa semua wakil PH perlu memaparkan sikap sebulat suara sejajar dengan keputusan parti,” katanya.

“Mereka tidak boleh menyuarakan pandangan mereka sendiri kerana kami terikat dengan keputusan parti,” katanya.

Enam wakil PKR ialah Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamed Azmin Ali, Chua Tian Chang, Dr Xavier Jayakumar dan dirinya sendiri. – 18 Januari, 2020


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen