Colombia perintah Uber gantung aplikasi perkhidmatan


Gergasi teknologi AS itu mempunyai kira-kira dua juta pengguna aktif di negara ini, dengan memiliki kira-kira 88,000 pemandu. – Gambar EPA, 21 Disember, 2019.

SYARIKAT Uber telah dimaklumkan untuk segera menggantung perkhidmatan aplikasi itu di Colombia, kata pihak berkuasa industri dan perdagangan pada Jumaat dengan memetik undang-undang persaingan tidak adil.

Gergasi teknologi AS itu mempunyai kira-kira dua juta pengguna aktif di negara ini, dengan memiliki kira-kira 88,000 pemandu.

Keputusan yang dibenarkan rayuan itu mengikut tuntutan mahkamah oleh sekumpulan pemandu teksi yang mendakwa syarikat itu menjalankan amalan perniagaan yang tidak adil.

Ketua jabatan Industri dan Perdagangan - yang mengawal pasaran - berkata syarikat itu harus berhenti beroperasi dengan segera, dengan menyebut “persaingan yang tidak adil” dan memiliki “kelebihan” terhadap perkhidmatan teksi yang lebih lama dan lebih tradisional.

Dalam satu kenyataan, firma AS itu menyatakan rasa kesal dan menolak keputusan itu, dan mengatakan ia akan membuat “rayuan segera”.

Walaupun Uber dibenarkan beroperasi di Colombia oleh Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta membayar cukai hasilnya, penggunaan pemandu untuk mengangkut penumpang adalah haram dan polis dibenarkan menyekat pemandu menggunakan aplikasinya.

Uber ditubuhkan di Colombia pada tahun 2013, bagaimanapun pemilik teksi dan kesatuan berulang kali memprotes syarikat itu yang mereka dakwa mencuri kerja mereka. – AFP, 21 Disember, 2019. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen