Kereta terbang yang diuji Khamis ini buatan China, menurut laporan 


Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof menjemput ahli Parlimen untuk menguji kereta terbang Khamis ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2019.

KERETA terbang yang bakal diuji oleh Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof Khamis ini adalah produk yang dihasilkan daripada usahasama antara syarikat China dan tempatan, lapor Berita Harian.

Menurut akhbar berkenaan struktur Super Dron itu tidak sama dengan kereta terbang yang sebelum ini didakwa dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan dan rakan kongsi mereka daripada Jepun sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Laporan itu menyebut, Super Dron berkenaan dihasilkan oleh EastCap Bhd bersama dua syairkat China, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

Menurut akhbar berkenaan, kerjasama strategik itu akan mengendalikan pemasaran, operasi dan penyelenggaraan Super Dron di negara ini.

EastCap Bhd merupakan syarikat tempatan yang mana Zakwanhafiz Ahmad Ansari merupakan ketua pegawai eksekutifnya. Zakwanhafiz terlibat dalam industri perladangan.

Akhbar berkenaan turut melaporkan, pada Ogos lali, syarrikat berkenaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU dengan Rumah Koperasi Indonesia (RKI) untuk membeli 1,000 unit Super Dron untuk kegunaan sektor pertanian sebagai alat pemetaan ladang dan penyembur racun tanaman.

Syarikat berkenaan sebelum ini menyatakan pengenalan super dron di negara ini bukan untuk kegunaan pengangkutan awam, sebaliknya ia dicadangkan kepada pihak berkepentingan khususnya kerajaan dan pihak berkuasa.

EastCap turut menyasarkan pembinaan kemudahan pemasangan super dron berkenaan di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 unit setahun.

Ketika pertama kali diumumkan, kereta terbang yang dikenali sebagai Vector dilaporkan dibangunkan oleh Aerodyne Group.

Ia berasaskan dron, untuk pengangkutan dari satu titik ke satu titik dan dilaporkan dijana oleh empat motor elektrik dan bateri lithium-ion.

Model skala Vector dipamerkan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA19), pada Mac lalu.

Redzuan Yusof hari ini menjemput ahli Parlimen pembangkang untuk menyaksikan beliau memandu uji kereta terbang.

Namun katanya, ia tidak terbuka kepada sebarang liputan media atau tontonan awam. 

“Ia adalah berupa undangan peribadi oleh syarikat swasta. Ia untuk pandu uji ‘arial vehicle’,” katanya. – 19 November, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen