Pandu uji 'kereta terbang' hanya untuk ahli Parlimen, kata menteri 


Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof berkata ia merupakan undangan peribadi daripada sebuah syarikat swasta.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2019.

PANDU uji ‘kenderaan terbang’ atau ‘arial vehicle’ yang dijadual Khamis ini hanya terbuka untuk ahli Parlimen yang berminat sahaja, kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof.

Beliau berkata ia juga tidak terbuka kepada sebarang liputan media atau tontonan awam.

“Ia adalah berupa undangan peribadi oleh syarikat swasta. Ia untuk pandu uji ‘arial vehicle’.

“Jadi, saya tidak boleh mendedahkan tempatnya kerana ini berupa undangan tertutup oleh syarikat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2020, Mohd Redzuan mempelawa ahli Parlimen yang berminat supaya menyertainya memandu uji kenderaan itu pada Khamis di Subang.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata beberapa perkara perlu diselesaikan terutama isu ruang udara sebelum keputusan mengenai pengeluaran kereta terbang nasional dimuktamadkan.

“Kita masih mempunyai pertikaian mengenai ruang udara dan perbincangan mengenainya giat dijalankan tentang bagaimana ia boleh diselesaikan,” katanya.– Bernama, 19 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen