SPRM jejak RM18.9 bilion dana 1MDB


Kalidevi Mogan Kumarappa Ragananthini Vethasalam

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata penerima dana 1MDB masih belum dapat dipastikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 5 November, 2019.

AGENSI antirasuah masih menjejak dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM18.9 bilion yang masih belum dipastikan penerimanya, kata Latheefa Koya.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata jumlah itu melibatkan aset dalam bentuk saham, kenderaan dan lain-lain.

“Nilai ini dikenal pasti selepas menolak nilai dana yang sudah dikenal pasti sebelum ini.

“Jumlah ini hanya anggaran kerana nilai berkenaan tidak tetap setiap hari kerana membabitkan saham dan nilai hartanah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Persidangan Jenayah Kewangan dan Pendanaan Keganasan hari ini.

Katanya, usaha menjejaki dana melibatkan lima negara itu dilakukan bersama Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC). – 5 November, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen