Pengundi Melayu lebih bimbangkan kedudukan politik mereka, kata pakar


Sharon Tan

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kebanyakan parti menjadikan DAP sebagai kata kunci kepada masyarakat Cina dalam kempen politik mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 21 Oktober, 2017.

KEDUDUKAN politik orang Melayu mengatasi isu kenaikan kos sara hidup di kalangan pengundi Melayu terutama yang tinggal di luar Lembah Klang.

“Bila anda ke luar Lambah Klang, terutamanya di kampung biasa, anda akan lihat walaupun mereka bimbang tentang kos sara hidup, ada satu lagi isu yang lebih membimbangkan mereka iaitu kedudukan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan. 

Bercakap pada program bual bicara IDEAS Cafe bertajuk “PRU14: Adakah Umno dalam kesusahan?”, Wan Saiful berkata politik etnik merupakan hujah paling kuat Umno dalam kempen mereka. 
  
“Pada saya mereka tahu perkara ini dan daripada trend, anda dapat lihat mereka benar-benar memainkan isu ini. Dan serangan yang digunakan Umno ialah DAP tidak boleh dipercayai. 

“Sekiranya anda baca lagi, ia bukanlah mengenai DAP, tetapi lebih kepada masyarakat Cina. DAP lebih kepada kata kunci,” katanya.

Wan Saiful berkongsikan apa yang beliau dapat melalui pengundi dari penempatan Felda di Johor yang berkata jika Melayu tidak berhati-hati, mereka akan menerima nasib yang sama seperti Melayu di Singapura. 

Katanya, ditanya sama ada mereka mempunyai saudara mara di Singapura, 99.5% yang ditemuinya mengatakan tiada. 

“Apabila saya tanya mengapa mereka terlalu risau, mereka berkata mereka mendapat sumber daripada akhbar Melayu seperti Utusan, Berita Harian manakala yang lain membaca Sinar Harian. 

“Utusan merupakan sumber utama mereka diikuti dengan RTM1, TV3 dan kumpulan Whatssap, kata Wan Saiful yang kini merupakan felo kanan ISEAS - Institut Yusof Ishak yang berpangkalan di Singapura. 
 
Katanya agak menarik apabila mereka yang mengadu tidak berpandukan fakta sebenar tetapi masih “merasakan” masyarakat Melayu di Singapura berdean dengan diskriminasi.

“Ia menguatkan sentimen bahawa sekiranya Melayu di Malaysia tidak berhati-hati, mereka akan kehilangan kuasa politik. Dengan itu mereka akan terkesan.

“Kata kunci yang digunakan adalah kita tidak boleh percayakan DAP. Namun bila kamu sebut nama seperti Tian Chua yang bukan dari DAP, mereka akan katakan DAP. Walaupun kamu mennyebut Mat Sabu, yang juga bukan dari DAP, mereka akan katakan Amanah Mat Sabu adalah di bawah DAP,” kata Wan Saiful. 

Katanya sekiranya ia berterusan, akan ada yang memgambil ppeluang itu secara politik namun negara akan lebih berpecah belah. 

“Mesej yang cuba disampaikan adalah ‘Kami orang Melayu, jangan percayakan Cina dan pastikan kuasa politik Melayu kekal, kamu mesti undi kami’.  

“Perkataan ‘kami’ buat masa ini boleh jadi kedua-dua belah pihak. Ia boleh jadi pihak kerajaan atau pembangkang. Ia boleh jadi Umno atau PAS atau hujahan yang digunakan oleh beberapa pihak dalam Bersatu,” katanya dan menambah lebih banyak bahasa ini digunakan, negara akan lebih berpecah belah. 

Hujah jelasnya, akan membantu parti Melayu sama ada Umno, PAS atau Bersatu untuk memenangi kerusi pada pilihan raya akan datang.

Wan Saiful juga berkata Bersatu turut menggunakan hujah yang sama walaupun ia berada dalam pakatan pembangkang Pakatan Harapan (PH).

“Bersatu menggunakan hujah itu kerana ia adalah parti Melayu, ia perlu jadi pemimpin. Dan ia berhasil. Dari segi strategi politik, ia merupakan hujah yang betul.

“Jika anda mahu memenangi undi Melayu, Bersatu perlu jadi ketua. Tidak boleh DAP,” katanya. 

Menurutnya, negeri yang berpotensi berubah seperti Johor, Melaka dan Kedah adalah berisiko kepada Umno. 

Beliau menjelaskan bahawa DAP, yang merupakan parti paling stabil di Johor, disokong oleh presiden Bersatu Muhyiddin Yassin di Johor kerana mereka tahu kempennya perlu diketuai oleh orang Melayu. – 21 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen