Dasar telekomunikasi baharu beri kesan kepada pendapatan Khazanah


Ragananthini Vethasalam

Pengerusi PAC Dr Noraini Ahmad berakata dasar baharu dalam telekomunikasi dan strategi pelaburan berisiko tinggi antara faktor yang memberi kesan kepada pendapatan Khazanah Nasional Bhd pada 2018. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Oktober, 2019.

DASAR baharu dalam telekomunikasi dan strategi pelaburan berisiko tinggi adalah antara faktor yang memberi kesan kepada pendapatan Khazanah Nasional Bhd pada 2018, kata Jawatankuasa Akaun Awam hari ini.

Jawatankuasa Parlimen hari ini mengumumkan penemuan prosiding yang dilancarkan pada 1 April untuk melihat kerugian yang dicatatkan oleh Khazanah selepas kerugian cukai sebanyak RM6.3 bilion pada 2018 berbanding keuntungan bersih RM2.9 bilion pada 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini pengerusi PAC Dr Noraini Ahmad berkata dua saksi iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Kementah) Mohd Zuki Ali dan Pengarah Urusan Khazanah Shahril Ridza Ridzuan dipanggil untuk memberi kenyataan.

“Seluruh PAC Parlimen berpuas hati dengan kenyataan dan penjelasan diberikan oleh Khazanah mengenai kerugian RM6.3 bilion yang dilaporkan pada 2018,” katanya.

Syarikat-syarikat telekomunikasi dalam dana kekayaan berdaulat telah terjejas oleh dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam sektor ini.

“PAC berkata pelaksanaan dasar drastik kerajaan dalam sektor telekomunikasi telah memberi kesan besar ke atas beberapa syarikat telekomunikasi yang dimiliki kerajaan melalui Khazanah,” menurut laporan itu.

Di samping itu PAC juga mendapati kira-kira 80% hingga 85% pelaburan Khazanah tertumpu kepada sembilan hingga 10 syarikat, dengan itu ia meningkatkan pendedahan kepada risiko tinggi.

Khazanah juga melaporkan kemerosotan terkumpul berjumlah RM3.1 bilion pada Mac 2019 berikutan pelaksanaan kaedah perakaunan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2018.

Kemerosotan yang dilaporkan telah mencatatkan imej negatif, kata laporan itu.

PAC juga menyatakan bahawa Khazanah telah memulakan strategi pelaburan baharu untuk mengembangkan dan mempelbagaikan portfolio pelaburannya sebagai tambahan kepada pemotongan kos untuk mengurangkan kos operasinya.

Noraini berkata PAC telah mencadangkan Khazanah untuk meneruskan rancangan dan strategi baharu untuk mengawal risiko pelaburannya.

“Khazanah juga perlu melakuan pelaburan strategik tanpa pengaruh politik,” katanya.

Ia juga harus melaporkan kepada PAC pelaksanaan cadangan jawatankuasa itu setahun selepas pembentangan dapatan ini. – 23 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen