Golongan M40 harap Belanjawan 2020 yang lebih baik


Sheridan Mahavera Zaim Ibrahim Jason Santos Desmond Davidson

Golongan M40 memberitahu The Melaysian Insight bahawa mereka mengalu-alukan inisiatif seperti #WanitaKerja untuk menggalakan golongan ibu memasuki bidang pekerjaan dan usaha kerajaan untuk mengurangkan tol di Lembah Klang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Oktober, 2019.

JOSH John, seorang pengguna kerusi roda merupakan penerima bantuan tunai daripada kerajaan sehinggalah tahun lalu selepas Putrajaya menghentikannya apabila beliau mula meraih sedikit pendapatan.

John, yang lumpuh dari bahagian dada ke bawah, menjadi simbolik bagaimana kalangan isi rumah tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana tidak diklasifikasikan sebagai kumpulan terendah 40% (B40).

Walaupun kerajaan Pakatan Harapan mendakwa Belanjawan 2020 juga membela golongan isi rumah berpendapatan sederhana (M40), John dan beberapa lagi keluarga kelas pertengahan, mereka berasa tidak mendapat manfaat itu.

Keluarga M40 yang memperoleh pendapatan lebih RM4,000 sebulan, tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan perlu membayar cukai pendapatan.

Namun ada isi rumah M40 memberitahu The Melaysian Insight bahawa mereka mengalu-alukan inisiatif seperti #WanitaKerja untuk menggalakan golongan ibu memasuki bidang pekerjaan dan usaha kerajaan untuk mengurangkan tol di Lembah Klang.

Mereka juga memuji insentif yang akan membantu usahawan kecil dan sederhana selain program menyediakan vaksin pneumokokal secara percuma yang boleh membantu keluarga yang mempunyai anak kecil.

Mereka yang diwawancara oleh TMI menyokong fokus Belanjawan 2020 untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah terutamanya di kawasan luar bandar, sektor agrikultur dan Timur Malaysia.

Namun seperti John, mereka merasakan Putrajaya boleh melakukan lebih baik dan mempertimbangkan faktor lain selain pendapatan untuk menentukan siapa yang layak menerima bantuan.

Mereka merasakan Pakatan boleh berusaha lebih gigih untuk mengurangkan kos sara hidup yang merupakan janji nombor satu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Tidak banyak yang boleh saya perkatakan secara peribadi dan untuk Sarawak tentang bajet ini,” kata lelaki berusia 56 tahun itu.

“Saya kurang upaya dan tidak layak menerima skim BSH. Mereka memotong bantuan kepada saya dan isteri pada tahun lalu selepas saya mengisytiharkan sedikit pendapatan yang diperolehi,” kata bekas akauntan yang tinggal di Kuching itu.

“Mereka menggalakkan saya mendapatkan pendapatan sendiri berbanding terlalu bergantung kepada pencen Socso. Jika mereka mahu beri, bagi sajalah. Jika tidak mahu bagi, apa boleh buat?”

Vaksin percuma, insentif kembali bekerja dialu-alukan

Antara usul Belanjawan 2020 yang menarik perhatian adalah pengambil-alihan kesemua lebuh raya di bawah PLUS Berhad yang berpotensi mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan sebanyak 18%.

Putrajaya juga akan membeli kesemua empat lebih raya utama di Lembah Klang dan menggantikannya dengan caj kesesakan bersama diskaun pada waktu puncak.

Bajet itu juga mempunyai empat program, dua daripadanya - #GraduanKerja dan  #WanitaKerja - yang membantu mengurangkan kadar penganguran dalam kalangan belia dan meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang buruh.

Subsidi petrol menerusi Kad95 juga akan membantu mereka yang memiliki kereta sendiri di bawah 1,600 CC untuk mengurangkan kos petrol apabila harga RON95 diapungkan secara berperingkat bermula tahun depan. – 13 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen